Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Melaka akan menganjurkan Kejohanan Catur Lichess Online 2020 Negeri Melaka. Kejohanan ini akan diadakan pada 11 Julai 2020 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.  

    Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah di Melaka. Kejohanan ini akan dijalankan menggunakan aplikasi Lichess  yang boleh di muat turun di Play Store  atau App Store. 

    Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu:
  1. Lelaki dan Perempuan bawah 16 tahun
  2. Lelaki dan Perempuan bawah 14 tahun
  3. Lelaki dan Perempuan bawah 11 tahun
Bagi pelajar yang berminat boleh menghubungi Pn. Nasrin binti Hussin, Penyelaras Catur SKDTK dan mengisi borang di pautan berikut https://forms.gle/55yu2YT9VaX2JsfaA

Sila sertai kumpulan aplikasi Whatsapp https://tinyurl.com/LICHESSMSSMELAKA untuk sebarang pertanyaan tentang kejohanan ini.