Piagam Pelanggan

    Kami warga pendidik SK. DATUK TAMBICHIK KARIM dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:-

MURID
» meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum
» menitikberatkan keselamatan dan kebajikan
» menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif
» merealisasikan kemenjadian murid yang cemerlang berasaskan SKPMg2

STAF
» menjamin keselamatan dan menguruskan kebajikan
» memberi peluang peningkatan kerjaya dan profesionalisme
» memberi penghargaan yang sewajarnya
» menyediakan prasarana yang mencukupi dan selesa
» mewujudkan komunikasi berkesan dan mesra

IBU BAPA/ PENJAGA MURID
» menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa sekolah
» memberi perhatian terhadap aduan dan membuat tindakan dalam tempoh 1/3/7 hari.
» berempati terhadap masalah dan kemusykilan yang dikemukakan
» berurusan secara mesra dan berbudi bahasa
» memohon sumbangan dan sokongan dari segi moral dan material untuk kemajuan sekolah

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
» mematuhi dan bertindak mengikut pekeliling
» melaporkan kejadian kepada pihak atasan
» menjawab surat dan permohonan dengan segera
» memberi kerjasama terhadap aktiviti/program yang dianjurkan oleh PPD/JPN/KPM