LATAR BELAKANG
Pada awal tahun 50-an iaitu Zaman Penjajahan British, Bahasa
Inggeris adalah satu bahasa penghantaran amat mencabar ketika itu kerana bahasa
tersebut mempunyai nilai ekonomi yang begitu tinggi. Melalui kesedaran dari
penduduk di kawasan Masjid Tanah ini betapa perlunya diadakan sebuah sekolah
Inggeris, dengan harapan lebih ramai anak-anak tempatan dsari kawasan yang
berdekatan dapat menikmatinya. Secara kebetulan pada masa tersebut, orang yang
benar-benar berkemampuan dan golongan berada sahaja yang dapat menghantar
anak-anak ke sekolah Inggeris yang terletak di bandar Melaka.
Dengan itu, salah seorang anak tempatan di sini telah tampil
kehadapan untuk mengemukakan cadangan bahawa perlunya sebuah sekolah Inggeris
didirikan untuk menampung pembelajaran anak-anak tempatan pada waktu tersebut.
Dermawan itu ialah Allahyarham Datuk Tambichik Karim, DKSJ, JP iaitu seorang
wakil rakyat Kawasan Sungai Baru & Exco Kerajaan Negeri Melaka. Beliau juga
pernah menjadi wakil Gabenor Melaka ke persidangan Majlis Raja-Raja Melayu,
bekas Guru Besar dan juga Pengasas Penyatuan Masyarakat Kawasan Masjid Tanah.
Sekolah Asal
Sekolah ini telah dibina oleh pihak kerajaan pada masa
tersebut dan mula digunakan pada 12hJanuari 1953 dengan nama " Masjid
Tanah English School "@ MTES yang mempunyai 6 buah bilik darjah (bangunan
bawah pada masa sekarang).
Pada masa itu, muridnya seramai 153 orang. Guru Besarnya
ialah En. Tan Gim Ann bersama 4 orang guru penolong iaitu En. George Thomas,
En. Lim Kim Loon, En. Chin Peng Lam dan En. A. Ramasamy. En. Ramasamy bertugas
hanya beberapa bulan sahaja dan digantikan dengan En. Joned Bin Mohd Ali. Pada
mulanya hanya 4 buah bilik darjah sahaja yang diguanakn dengan nama "
Special Malay 1", "Special English 1", " Standard 1A"
dan " Standard 1B". Pada ketika itu bekalan air, elektrik dan
kemudahan moden masih lagi tidak disediakan berserta padang yang tidak lengkap
sepenuhnya.
Sungguhpun dalam keadaan serba kekurangan namun pencapaian
prestasi pelajaran murid-murid pada masa itu sangat memuaskan. Pada masa
sekarang, masih terdapat lagi bekas-bekas anak-anak murid sekolah Inggeris ini
yang telah memegang jawatan tinggi dan berjaya dalam hidup.
Tanah Asal
Tanah tapak sekolah ini pada mulanya adalah kepunyaan Tn. Hj
Hassan Bin Hj. Abdullah adalah seorang bekas Guru Besar dan beliau ialah anak
watan di sini. Keluasan tanah mengikut ukuran yang dinyatakan ialah 3 ekar 13
rod 17 pol.
Perasmian Sekolah
Bangunan asal yang didirikan telah dirasmikan oleh Tuan
Residen Pesuruhjaya Tinggi Melaka (Resident Coimmissioner OF Malacca ) iaitu
Tuan G. E. C. Wisdon pada 26 Januari 1953.
Nama Sekolah
Nama sekolah ini asalnya ialah Masjid Tanah English School
kemudian bertukar kepada SR Sungai, Masjid Tanah Satu. Akhir sekali dengan
kehendak dan persetujuan LPS dan PIBG sekolah ini maka sekolah ini ditukar nama
kepada Sek. Ren. Datuk Tambichik Karim pada tahun 1978. Nama tersebut dipilih
kerana jasa yang telah diusahakan sebagai pengasas yang telah mewujudkan
sekolah ini dahulu. Pada awal 1998 arahan dari Kementerian Pendidikan Malysia
dan Jabatan Pendidikan Melaka sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Datuk
Tambichik Karim, dalam gred A antara sekolah di Masjid Tanah
Bangunan Baru & Pentadbiran
Pada tahun 1969 kerajaan telah
membina sebuah bangunan baru tiga tingkat. Bangunan ini dibina untuk menampung
pertambahan murid setiap tahun dan telah berjumlah 1493 orang dengan dua sesi
iaitu pagi dan petang.
Memandangkan keadaan ini pada tahun 1970 pihak Jabatan
Pelajaran Melaka telah membahagikan dua pengurusan pentadbiran kepada sekolah
iaitu dengan melantik dua orang Guru Besar.
Seorang Guru Besar mentadbirkan sekolah SRK Sungai Baru Satu
dan seorang lagi mentadbirkan SRK Sungai Baru Dua.
Pada 21 Julai 1978 sekolah Sr Sungai Baru Dua telah
dipindahkan ke tapaka dan bangunan baru yang diberi nama SRK Sri Laksamana di
Bukit Beringin, Masjid Tanah.
Pengubahsuaian Bangunan
Pada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ( Unit
Pembangunan ) telah meluluskan/ menjalankan satu projek pengubahsuaian lantai
pejabat sekolah,bilik guru,bilik PSS dan bilik perpustakaan pada tahun 1997.
Terdapat juga satu penambahan bilik khas kawalan kebakaran
untuk BOMBA yang dibina di hujung bangunan tiga tingkat bersama-sama dengan
penambahan ruangan belakang kantin.
Sekolah ini juga digunakan oleh Sekolah Agama JAIM pada
waktu petang.
Pada tahun 1998 Jabatan Pendidikan Melaka ( Unit Pembangunan
) telah meluluskan satu projek ‘ Sistem Pendawaian Lama Ke Baru’ di bangunan
tiga tingkat dan siap pada bulan April 1998.
Tambahan juga dibuat oleh pihak PIBG dan kelab kebajikan
guru & kakitangan serta derma orang perseorangan untuk membuat garaj kereta
guru yang terletak di bangunan atas ( padang bersimen ) pada tahun 1997.